Tshirt Printing Bangi
Silkscreen Printing, Direct To Film Heatpress Transfer, Computer Embroidery, Sublimation Tshirt, Non Woven Bag Printing, Lanyard, Button Badge, Apron, Cap, Vest Jacket
Kedai Cetak Baju Di Bandar Puteri Bangi, Kajang
Kami menerima tempahan print baju tshirt, jersi, baju muslimah,apron dan baju sublimation. Selain itu menerima tempahan cap siap sulam. Minimum tempahan serendah 10 helai sahaja. Lokasi di Bandar Puteri Bangi, Kajang, Selangor Malaysia
Silkscreen Printing
Silk screen printing menggunakan sutera saring (mesh) sebagai alatan utama. Sesuai cetak fabrik seperti cotton, microfibre, polyester dan sebagainya. Harga murah jika order banyak
DTF Heatpress
Kaedah Heatpress ini 100% menggunakan mesin khas iaitu Heatpress. Menggunakan Direct Transfer Film (DTF) yang dicetak, kemudian dilekatkan pada baju & tekan gunakan mesin Heatpress
Embroidery
Embroidery biasa digunakan untuk buat logo atau nama yang disulam pada baju. Sesuai untuk material fabrik viscose, lacoste dan cotton seperti baju korporat, baju kolar polo lacoste, tuala, cap dan apron
Menerima Tempahan Printing Baju
Tempahan untuk tshirt dan lain-lain produk yang kami ada sesuai untuk kelab, persatuan, sekolah, kolej, universiti serta organisasi swasta dan kerajaan. Tshirt untuk kegunaan syarikat, acara, program dan lain-lain kegunaan boleh ditempah disini.
Minimum tempahan baju 10 helai keatas. Harga bergantung pada kuantiti, material baju dan lain-lain. Untuk tempahan, sila pilih jenis baju yang anda ingin tempah dan sediakan artwork. Hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga / quotation.
Kedai Printing Tshirt Cotton Tshirt Jersey Sublimation Di Bangi @ Kajang
T shirt Printing Catalogue
Katalog tshirt kosong yang digunakan untuk printing dan embroidery ini boleh dilihat melalui pautan yang disediakan dibawah. Pelbagai pilihan warna dan material dari size kecil hingga besar. Berikut katalog tshirt mengikut kategori pakaian.
Design Tshirt Free
Design tshirt percuma tshirt family day, hiking, team building, tshirt memancing, rewang, tshirt kelas. Setiap design boleh ubah info dan warna untuk disesuaikan dengan tema anda. Boleh pilih design yang anda minat dengan memberikan kod produk design untuk kami edit secara percuma.
Sublimation Tshirt Printing
Baju Sublimation
- Tempah baju jersey sublimation serendah 10 helai ke atas. Full colour sublimation tshirt printing. Material Microfiber Eyelet size dari kanak-kanak sehingga 10XL.
Design Sublimation
- Katalog baju jersey sublimation disediakan bagi yang tiada design. Percuma letak logo dan lain-lain info pada design.
Tshirt Printing FAQ
Soalan lazim yang selalu ditanya berkaitan tempahan tshirt printing beserta jawapan. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lain.
Lokasi kedai Tshirt Printing Bangi terletak di Bandar Puteri Bangi Kajang, Bukit Mahkota Kajang, Selangor, Malaysia.
3.2 km dari Bangi Wonderland
11.00 km dari Bandar Baru Bangi
22.5 km dari Putrajaya
19.00 km dari Bandar Kajang
Klik sini untuk Waze ke tempat kami.
Boleh, sample tshirt dari pelbagai size besar dan kecil kami boleh sediakan (jika ada) untuk anda bawa balik untuk dicuba. Bagaimanapun sedikit deposit diperlukan untuk bawa balik sample. Deposit akan kami berikan balik setelah sample dipulangkan. Anda juga boleh rujuk carta size yang terdapat di katalog tshirt untuk ukuran baju.
Deposit 60% diperlukan untuk kami proses tempahan anda. Setiap bayaran boleh dibuat menggunakan akaun bank kami yang tertera di invoice/quotation. Pembayaran boleh dilakukan secara online transfer, cek dan bayaran tunai.
Kebiasannya proses tempahan mengambil masa 8-12 hari waktu bekerja dan mungkin mengambil lebih lama masa bergantung pada kuantiti tempahan dan production kami pada waktu itu. Minta Maaf Tiada Tempahan Urgent Diterima, sila rancang tempahan anda lebih awal.
Untuk memudahkan proses persediaan kami mencetak baju dan memastikan hasil yang berkualiti, kami sarankan fail dalam format Vector untuk percetakan. Jika design yang simple dan tidak rumit, anda boleh hantar contoh gambar artwork untuk kami trace balik secara percuma.
Format Vector AI
Format AI (Adobe Illustrator) vektor adalah format rekaan yang paling kami syorkan kerana boleh diubah saiz tanpa kehilangan ketajaman dan kualiti.
Format PSD
Jika anda menggunakan Photoshop untuk mencipta rekaan, anda boleh menghantar fail PSD. Pastikan layer disusun dengan betul dan resolusi sesuai untuk cetakan (300dpi).
Canva
Arwork dalam Canva juga kami terima, pastikan menggunakan element graphic kemudian save ke PDF.
PDF
Pastikan rekaan dalam PDF mempunyai kualiti yang tinggi dan resolusi yang mencukupi.
Format Gambar Resolusi Tinggi
Jika anda menghantar rekaan dalam format gambar seperti JPEG atau PNG, pastikan ia adalah gambar berkualiti tinggi dengan resolusi yang mencukupi untuk cetakan.
Bagaimanapun jika anda nak printing perkataan atau no saja pada tshirt tak perlu format fail diatas. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.